RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU TAHUN 5
Tarikh :15
Julai 2011
Masa :10.00
– 10.30 pagi
Hari
: Jumaat
Kelas
:5
Amanah
Bilangan
murid :20
orang
Mata
pelajaran :Bahasa
Melayu
Tajuk : Sopan
Santun Budaya Kita
Hasil
pembelajaran:
Fokus utama: 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi
dan nada yang sesuai.
Aras 1: Menggunakan kata panggilan yang sesuai
mengikut situasi dalam perbualan.
Fokus sampingan: 5.1 Baca kuat perkataan dan ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1: Baca perkataan, frasa dan ayat yang
mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
Objektif:
Pada akhir pembelajaran
murid dapat:
1. Menggunakan sistem panggilan dan sapaan yang
betul dan sesuai semasa interaksi.
2. Membaca petikan dialog yang bertajuk Sopan
Santun Budaya Kita yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan
dan intonasi yang betul.
Sistem
bahasa:
Kosa kata: Insya-Alllah,
berkat, bersyukur, bertatasusila, menghargai.
Tatabahasa: Sintaksis: Ayat
tanya
Kemahiran bahasa: Mendengar
dan bertutur, dan membaca.
Pengisian
kurikulum:
Ilmu: budaya dan
sosiolinguistik
Nilai: sopan santun
Kemahiran bernilai tambah:
·
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK)
·
Kemahiran berfikir
·
Kemahiran belajar
·
Konstruktivisme
Bahan bantu mengajar:
·
Petikan teks ucapan
·
Pembentangan power point
Pengetahuan
sedia ada:
Murid telah diberikan
bimbingan dan panduan cara mengucapkan kata bertatasusila semasa kempen budi
bahasa budaya kita peringkat sekolah.
Langkah
dan aktiviti pengajaran:
Langkah/masa
|
Isi
pelajaran
|
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Set induksi
(5 minit)
|
Unsur kesantunan bahasa dalam dialog
|
1. guru meminta murid mengenal pasti dialog
yang mengandungi unsur kesantunan bahasa.
2.
Guru meminta murid mengucapkan kata bertatasusila yang terdapat dalam
dialog dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
|
Bahan bantu mengajar:
-
Slaid power point.
KBT: TMK
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Petikan teks ucapan (rujuk lampiran 1)
|
1. Murid di edarkan teks ucapan.
2. Guru meminta beberapa orang murid
membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3. Guru dan murid membuat analisis kesantunan
bahasa yang terdapat dalam teks ucapan.
|
BBM:
Petikan teks ucapan
Strategi:
Konstruktivisme
KBT:
Kemahiran berfikir, kemahiran belajar
Nilai:
Sopan santun
|
Langkah 2
(10 minit)
|
Teks ucapan “Sopan Santun Budaya Kita”
|
1. Murid dibahagikan kepada tiga
kumpulan.
2. Guru meminta setiap wakil daripada
kumpulan untuk membaca teks tersebut dengan kuat dan jelas. Murid yang lain dikehendaki mengikut
sebutan yang dibaca oleh wakil murid tersebut.
3. Guru memperbaiki sebutan murid yang
salah.
4. Guru menerangkan makna bahasa yang tidak
difahami oleh murid dengan membuat rujukan di dalam kamus.
|
BBM:
Petikan teks ucapan
Strategi:
Konstruktivisme
KBT:
Kemahiran berfikir, kemahiran belajar
Nilai:
Sopan santun
|
Penutup
(5 minit)
|
Penutup kognitif:
Penutup sosial.
|
1. Murid diminta menyatakan perkara-perkara
menarik yang telah dipelajari pada hari ini.
2. Guru merumus pelajaran pada hari itu.
|
KP: Koperatif
|
Komen/ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
No comments:
Post a Comment