Monday, October 29, 2012

Penilaian berasaskan sekolah



Penilaian Berasaskan Sekolah

Rasional
- Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.


CIRI – CIRI
• Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
– Kerja kursus / PEKA
– Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1. Kerja kursus / PEKA 
– Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
– LPM membekalkan dokumen pentaksiran
– LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
– Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
– Markah dihantar kepada LPM
– Sekolah mengeluarkan sijil


2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.

Prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

  • Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, 
  • siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan 
  • instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh 
  • pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi 
  • matapelajaran berkenaan.

    Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

    Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

    Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
    Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.


Pelaporan positif.
• Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Aspek PenilaianBerasaskan Sekolah
- Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
ii. Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
iii. Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi. Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
vii. Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.


PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH :
a. Instrumen
b. Penggredan
b. Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah.
c. Rumusan


Penggredan:
Pencapaian dalam Penilaian Berasaskan Sekolah akan dinilai dan pelajar perlu menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah:
1. Kehadiran pelajar dalam Penilaian Berasaskan Sekolah.
2. Menyempurnakan tugasan(dinilai oleh pensyarah)
3. Portfolio individu.
4. Laporan Perkembangan Pelajar.

Prosedur pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah:
1. Bahagian Pendidikan Guru memaklumkan kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) tentang program Penilaian Berasaskan Sekolah(PBS).
2. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) akan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang penempatan pelajar.
3. IPGM akan memaklumkan atau memberikan taklimat berkaitan pelaksanaan PBS kepada pihak sekolah.
4. IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk tutor dan pelajar.
5. IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar.
6. IPGM memberikan tugasan kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS dan dibincang bersama pensyarah masing-masing semasa sesi interaksi.
7. Tugasan pelajar semasa PBS akan dinilai oleh pensyarah mata pelajaran yang terlibat.



No comments:

Post a Comment