Sunday, November 18, 2018

Latihan Kata Ganda

Latihan Kata Ganda

Pilih kata ganda yang betul :

bantu-membantu       kering-kontang        orang-orang       
lintang-pukang     gelap-gelita      anai-anai        lauk-pauk              
 huru-hara          rama-rama      basah-kuyup


1.)   Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ________________.
2.)    Biliknya menjadi __________________ apabila bekalan elektrik terputus.
3.)    Adik saya suka mengejar ___________________  di taman bunga.
4.)    Almarinya rosak dimakan oleh ____________________________.
5.)     Jiran tetangga seharusnya saling _________________________ .
6.)     Pak Ali meletak ____________________  di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-  
         burung.
7.)     Emak masak ______________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari New 
         Zealand.
8.)    Keadaan di dalam kelas menjadi __________________ setiap kali guru tidak ada di dalam 
        kelas.
9.)    Samy berlari _________________apabila dikejar oleh anjing liar yang garang.
10.)  Malang tidak berbau, dia lupa membawa payung dan hujan turun lebat.  Apa dayanya, dia tidak 
         dapat  tempat untuk berteduh, bajunya _______________________ .



Thursday, November 15, 2018

myPORTFOLIO guru

SLAID PERBENTANGAN MYPORTFOLIO GURU




MUAT TURUN UNTUK DAPATKAN TEMPLATE MY PORTFOLIO:
















Wednesday, November 7, 2018

Contoh Kertas Kerja Minggu Transisi Tahun 1

PENGENALAN

Program transisi Tahun 1 merupakan program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan yang lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah.
Dalam masa yang sama program ini memastikan agar murid yang datangnya dari latar belakang , pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 pada tahap pencapaian yang sama.


Tujuan Program:

1. Murid-murid dapat nenyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan yang baru dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat meyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1.
3. Meningkatkan minat dan semangat untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.


Objektif:

1. Mengembangkn sosio ekonomi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran yang formal.
2. Memperolehi pengetahun dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.
3. Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
4. Menyesuaikan diri di dalam kelas Tahun 1 berkaitan budaya dan adab ketika berada di sekolah.
5. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar.


Tarikh Pelaksanaan :
Minggu 1 - 3 (2018)
1 Januari 2018 - 18 Januari 2018

Sasaran :
Semua murid tahun 1 2018

Sumber tenaga:
Semua guru tahun 1 2018

Pelaksanaan aktiviti:
1. Penyediaan kertas kerja dan jadual minggu transisi
2. Hari pelaksanaan MInggu Transisi 2018

Pantauan/penyeliaan
1. Guru Besar SKTMR
2. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3. Semua guru tahun 1 2018




AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2018

PENGERUSI
Pn. Miskiah Bt Jalaludin
Guru Besar, SK Taman Megah Ria

NAIB PENGERUSI 1
En. Rosli bin Abu
Penolong Kanan Kurikulum, SK Taman Megah Ria

NAIB PENGERUSI 2
Pn. Engku Norani Bt Syed Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, , SK Taman Megah Ria

NAIB PENGERUSI 3
Pn. Rabunah Bt Salikan
Penolong Kanan Kokurikulum, , SK Taman Megah Ria

PENYELARAS & SETIAUSAHA
Pn. Herney Aqilah Bt Muhaimin

AJK

Guru Matapelajaran Tahun 1

BIL
MATA PELAJARAN
NAMA GURU
1.
BAHASA MALAYSIA
PN. HERNEY AQILAH BT MUHAIMIN
PN. NORSHAHEERA BT MOHD SHUKRI
2.
BAHASA INGGERIS
CIK NURUL SYAMIMI BT RAMLI
PN. NURUL NADZIRAH BT MOHD AZAM
3.
MATEMATIK
PN. SHADATON ZARAH BT ABDULLAH
EN. MUHAMMAD DZULFIKAR B. MOHD LAILI
4.
SAINS
PN. NUR QUISTINA BT MOHD NAWAWI
PN. BADARIAH BT ZAKARIA
5.
PENDIDIKAN ISLAM
PN. SYARIFAH BT BASRI
PN. ROSMANIZA BT HASSAN
6.
PENDIDIKAN MORAL
PN. BADARIAH BT ZAKARIA
7.
PENDIDIKAN MUZIK
EN. WAN AHMAD HAFIZ ADRI B. CHE MOHD
8.
PENDIDIKAN JASMANI
PN. HERNEY’AQILAH BT MUHAIMIN
PN. NORSHAHEERA BT MOHD SHUKRI
9.
PENDIDIKAN KESIHATAN
PN. HERNEY’AQILAH BT MUHAIMIN
EN. WAN AHMAD HAFIZ ADRI B. CHE MOHD
10.
BAHASA ARAB
CIK UMI KALSOM BT ABDULLAH
EN. RAJA MOHD AQIL
11.
PENDIDIKAN SENI
PN. NORSIAH BT MAMAT
PN. ZAINAB BT SAMIAN
  

PENUTUP
Program Transisi Tahun 1 pada tahun 2018 ini diharap dapat berjalan dengan baik hasil kerjasama semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibubapa/ penjaga dapat menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan awal persekolahan sama ada di pra sekolah atau di mana-mana tadika yang ada agar mendapat pendidikan awal secara menyeluruh. Justeru itu, segala perancangan yang telah dirancang oleh pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.


DISEDIAKAN OLEH,

___________________________
(PN. HERNEY ‘AQILAH BT MUHAIMIN)
PENYELARAS PROGRAM TRANSISI
SK TAMAN MEGAH RIA


DISAHKAN OLEH,

__________________________
(PN. MISKIAH BT JALALUDIN)
GURU BESAR SK TAMAN MEGAH RIA