Showing posts with label perniagaan dan keusahawan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan dan keusahawan. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

Penyata ekuiti pemilik

Penyata ekuiti pemilik

Merupakan baki setelah aset ditolak dengan liabiliti. Kunci kira-kira kerap dianalisis dengan menggunakan analisis nisbah untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan. Kebanyakan institusi kewangan akan menggunakan analisis nisbah daripada kunci kira-kira untuk menentukan kekukuhan kedudukan kewangan pelanggannya.

Terdapat 5 jenis nisbah dalam nisbah kewangan iaitu:

a) Nisbah aktiviti
Nisbah ini mengukur kecekapan syarikat mengurus aset. Ia terbahagi kepada 4 iaitu :


i. Tempoh kutipan purata

TKP = Akaun penghutang/jualan kredit sehari


ii. Pusing ganti inventori

PGI diigunakan unttuk mengukur kecairan inventori sesebuah syarikat. Ia membayangkan kadar pergerakan inventtori syarikat itu. PGI tinggi bererti inventori diganti semula dengan cepat dan menunjukkan jualan yang baik..(Tetapi perlu berbandiing dengan pesaing-pesaing dalam industri yang sama)

PGI = Kos Barang Dijual/
 Inventori


iii. Pusing Ganti Aset tetap

PGAT menilai kecekapan syarikat dalam menggunakan aset tetap syarikat unttuk menjanakan jualan.

PGAT = Jualan / aset tetap bersih


iv. Pusing Ganti Jumlah Aset
PGAT menilai kecekapan syarikat dalam menggunakan jumlah Aset syarikat untuk menjanakan jualan.

PGJA= jualan/jumlah aset


b) Nisbah hutang
Nisbah ini merupakan pecahan daripada jumlah aset yang dibiayai oleh pemiutang untuk menjanakan keuntungan. Ia digunakan untuk mengukur kemampuan syarikat memenuhi obligasi kepada pemiutang.

Terbahagi kepada 2 iaitu:

i. Nisbah hutang kepada pelaburan
Ini merupakan nisbah yang mengukur sumbangan hutang yang diigunakan dalam membiayai jumlah aset syarikat. Nisbah yang tinggi bermakna risiko akan menjadi tinggi dalam memenuhii obligasi terhadap pemiutang. Kuasa meminjam bagi syarikat akan menurun sebab pemiutang akan hilang keyakiinan terhadap syarikatt itu


ii. Nisbah hutang kepada ekuiti
Nisbah ini menunjukkan komposisi pembiayaan bagi sebuah syarikat yang terdiri daripada hutang dan ekuiiti (Ekuiti bermakna saham yang diimiliki oleh pemegang saham). Niisbah yang tinggi akan menjejaskan keyakinan pemllik saham.

NHKE = Jumlah Hutang/Jumlah Ekuti Pemilik


c) Nisbah keberuntungan
Nisbah keberuntungan menggambarkan peratus keberuntungan syarikat berbanding jualan yang telah dibuat dan jumlah aset yang telah digunakan sepanjang satu tempoh kewangan. Antara nisbah keberuntungan yang penting termasuklah nisbah keuntungan kasar berbanding dengan jualan (gross profit ratio), nisbah keuntungan bersih berbanding dengan jualan (net profit ratio), nisbah keuntungan berbanding dengan jumlah aset (return on capital employed) dan nisbah pulangan pelaburan (return on investment).

Formula untuk mengira nisbah keuntungan kasar ke atas jualan (profit on sales ratio) adalah:

(keuntungan kasar)/(jumlah jualan) x 100% = X%

Nisbah ini menunjukkan keberkesanan pengurusan PNK mengendalikan perniagaan.



Formula untuk mengira nisbah keuntungan bersih ke atas jualan (net profit on sales ration, POS) adalah:

(keuntungan bersih)/(jumlah jualan) x 100% = X%

Nisbah ini menunjukkan keberkesanan pengurusan PNK mengendalikan perniagaan.


Formula untuk mengira nisbah keuntungan berbanding dengan jumlah aset (atau nisbah tanggungan) adalah:

(keuntungan bersih)/(jumlah aset) x 100% = X%

Nisbah ini tanggungan ini digunakan untuk menunjukkan kebolehan syarikat untuk menggunakan aset bagi menghasilkan keuntungan.


e) Nisbah kecairan
Nisbah kecairan mengukur keupayaan sesebuah entiti perniagaan untuk membayar hutang jangka pendeknya tepat pada waktunya. Keupaayan entiti perniagaan tersebut melaksanakan tanggungjawab tersebut tentunya bergantung kepada kecukupan wang tunai dan aset-aset lain yang boleh ditukar kepada tunai sebelum tanggungan (liabiliti) semasa tersebut matang.


Terdapat 2 formula yang kerap digunakan untuk mengukur nisbah kecairan, iaitu:

ü Nisbah semasa (current ratio)
ü Nisbah kecairan (acid test ratio atau quick asets ratio).


i) Formula untuk nisbah semasa (current ratio)

(jumlah aset semasa)/(jumlah liabiliti semasa) = X:Y

Contohnya nisbah semasa ialah 2 kali. Ini bermakna bagi perniagaan tersebut aset semasa entiti perniagaan tersebut melebihi sebanyak 2 kali ganda dari tanggungan semasa. Perniagaan ini mampu memenuhi tanggungan dan bil-bil semasa (current bills and obligation).


ii) Formula untuk nisbah kecairan (acid test ratio atau quick asets ratio)

(aset semasa-stok inventori)/(liabiliti semasa) = X:Y

Disebabkan stok inventori merupakan aset yang mempunyai kecairan yang rendah, maka ada kalanya ianya diasingkan dari aset semasa, maka didapati aset semasa yang lebih mudah dicairkan. Contohnya nisbah kecairan ialah 1.2 kali. Ini bererti aset semasa yang mudah ditukar kepada tunai adalah 1.2 kali ganda dari liabbiliti semasa. Jika nisbah kecairan lebih dari satu, bererti firma tidak menghadapi masalah kecairan.

Penyata aliran tunai


    Penyata aliran tunai

Penyata aliran tunai merupakan satu penyata yang menunjukkan aliran masuk dan aliran keluar kesetaraan tunai.  Dengan melihat penyata ini, kita mendapat maklumat mengenai faktor-faktor yang menyebabkan perubahan baki tunai syarikat dari tempoh awal hingga tempoh akhir sesuatu laporan kewangan.

Terdapat 3 elemen penting dalam penyata aliran tunai iaitu:
a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian – merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil perusahaan dan aktiviti lain, selain dari aktiviti pelaburan dan pembiayaan.
b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan – Aliran masuk dan keluar tunai daripada pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang, serta pelaburan lain.
c) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan – Aliran masuk dan keluar tunai daripada aktiviti yang menyebabkan perubahan saiz dan komposisi modal ekuiti dan pinjaman perusahaan.

Penyata pendapatan


1.    Penyata pendapatan

Selain dari Kunci Kira-kira, maklumat berkaitan dengan prestasi perniagaan juga boleh dianalisa dengan menggunakan Penyata Pendapatan.  Penyata Pendapatan (Income Statement) atau Penyata Untung dan Rugi (Profit & Loss Statement (P & L) statement) menunjukkan ringkasan pendapatan dan perbelanjaan pada masa tertentu.  Ia dapat menunjukkan apa yang berlaku di dalam butiran kunci kira-kira. Aset yang digunakan menjadi perbelanjaan kepada perniagaan.


i) Pendapatan

Diterima dalam 2 bentuk iaitu:
ü  Tunai
ü  Bukan tunai
a) Pendapatan tunai - Bayaran yang diterima dari jualan dan pendapatan lain.
b) Pendapatan bukan tunai - Diterima dalam bentuk barangan dan perkhidmatan.  Bayaran yang diterima dalam bentuk hasil padi umpamanya ialah pendapatan bukan tunai


ii) Perbelanjaan

Diterima dalam 2 bentuk iaitu:
 a) Perbelanjaan tunai - meliputi pembelian baja, racun, makanan ternakan dan biji benih.
b) Perbelanjaan bukan tunai - perbelanjaan seperti susut-nilai jentera, peralatan dan bangunan. 

Walaupun tiada pembayaran tunai dibuat untuk susut-nilai tahunan, tetapi pengurangan nilai ini menunjukkan satu perbelanjaan perniagaan dan mesti dimasukkan ke dalam penyata pendapatan.  

kunci kira-kira


1.    Kunci kira- kira

Dikenali sebagai lembaran imbangan yang memberi gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma.  Data yang ditunjukkan dalam kunci kira- kira merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh organisasi.  Perkara asas yang dilihat dalam kunci kira-kira ialah asset, liabiliti dan ekuiti pemilik.  KKK menyenarai semua milik syarikat iaitu aset syarikat, semua obligasi iaitu liabilitinya, dan semua pelaburan pemilik iaitu ekuiti pemilik.  KKK ini disediakan sekurang- kurangnya sekali setahun.
Kunci kira- kira menggunakan beberapa konsep penting iaitu Aset, Liabiliti, Nilai Bersih dan Analisis Nisbah.

      i.        Aset
Aset boleh digunakan dalam dua cara.
ü  Aset boleh dijual untuk mencipta tunai.
ü  Aset boleh digunakan untuk mengeluarkan barangan yang boleh dijual bagi menghasilkan pendapatan tunai pada masa hadapan.

Terdapat 2 jenis aset iaitu:
a) Aset Semasa 
Termasuk tunai di tangan dan baki akaun simpanan.  Aset semasa yang lain ialah Akaun Belum Terima yang tempoh matangnya kurang dari setahun, inventori, pelbagai pembayaran pendahuluan (prepaid expenses), dan lain-lain aset seperti hasil tanaman yang akan dijual.
Akaun Belum Terima mewakili jumlah hutang yang masih belum dibayar oleh pelanggan-pelangan dari pembelian yang lalu yang mana ianya terhasil kerana pelanggan telah diberi kemudahan pembelian secara kredit.
Inventori pula adalah stok barangan yang akan dijual atau stok barangan modal yang akan digunakan untuk proses pengeluaran pada masa hadapan.
Pelbagai Pembayaran Pendahuluan (prepaid expenses) merupakan bayaran yang telah dibuat terlebih dahulu terhadap barangan atau perkhidmatan yang digunakan. Barangan atau perkhidmatan tersebut belum digunakan lagi tetapi pembayaran telah dibuat, seperti bayaran pendahuluan terhadap sewa bangunan, mesin atau insurans.
Lain-lain aset termasuklah hasil ternakan atau ladang yang akan dijual, pelaburan seperti pembelian saham dan bon syarikat lain. Aset-aset ini pula mudah dijual dan ditukar kepada tunai dengan mudah.

b) Aset tetap – Aset ini kurang cair dan tempoh hayatnya lebih dari 10 tahun. Jika dijual, aset ini akan memberi kesan kepada masa hadapan perniagaan. Contohnya tanah, bangunan kekal, dan peralatan.  Aset ini digunakan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan. Umumnya semua aset tetap kecuali tanah mengalami susut nilai dan perlu dicatatkan perbelanjaan susut nilai.



    ii.        Liabiliti
Liabiliti ialah satu tanggungan atau hutang yang dibuat oleh perniagaan daripada orang lain. Ia menunjukkan tuntutan seseorang atau sesuatu perniagaan luar terhadap satu atau lebih aset perniagaan.  Liabiliti boleh dibahagiakan kepada dua kategori bergantung kepada tempoh hutang atau pinjaman itu dibuat.

Terdapat 2 jenis liabiliti iaitu:
a) Liabiliti semasa - Liabiliti semasa merupakan tanggungan kewangan yang akan matang atau yang akan dibayar dalam tempoh satu tahun daripada tarikh kunci kira-kira itu dibuat. Contoh liabiliti semasa ialah Akaun Belum Bayar (account payable) bagi barangan atau perkhidmatan yang dibeli secara kredit dan jumlah penuh pokok bagi mana-mana pinjaman jangka pendek. Di antara bayaran yang termasuk dalam kategori ini ialah inventori, bekalan (supplies), dan peralatan yang dibeli secara kredit dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh kurang dari setahun.
Nota Perlu Bayar (notes payable) ialah pinjaman jangka pendek yang memerlukan pembayaran secara bulanan.  Pembayaran pokok bagi pinjaman akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa kerana ia menunjukkan tanggungan tunai yang akan dijelaskan.
Nota Terakru (acrued notes) merupakan akaun individu yang perlu ditanggung oleh firma perniagaan.  Ianya dikira secara agregat seperti upah (wages payable) dan cukai (taxes payable).

b) Liabiliti Jangka Panjang – Merupakan pinjaman untuk membeli tanah atau apabila tanah digunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman membeli tanah atau membina bangunan.  Tempoh pembayaran balik biasanya melebihi 10 tahun. Pembayaran pokok untuk tahun tersebut dan bunga yang terakru akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa, dan baki pinjamannya dimasukkan ke dalam liabiliti jangka panjang.   Ada juga juga liabiliti jangka panjang yang tempoh pembayaran balik cuma di antara 7 hingga 10 tahun.  Kebanyakan liabiliti jenis ini digunakan untuk membeli jentera dan baka ternakan.  Lain-lain contoh liabiliti jangka panjang ialah gadaian (morgages) rumah, dan lain-lain pinjaman jangka panjang dari individu, bank, dan lain-lain institusi kewangan.

   iii.        Nilai Bersih

Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik perniagaan sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci kira-kira.  Nilai bersih diperolehi dengan:

Nilai Bersih = jumlah aset - jumlah liabiliti

Nilai bersih ialah wang sendiri yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan tersebut, dan nilai itu dicatatkan sebagai liabiliti kerana ia merupakan tuntutan pemilik terhadap perniagaan tersebut. Nilai bersih juga dinamakan ekuiti pemilik.  Nilai bersih berubah jika terdapat perubahan pada nilai aset, penerimaan harta pusaka, atau aset yang dijual pada nilai lebih rendah dari nilai bukunya dalam kunci kira-kira.  Peningkatan nilai bersih biasanya disebabkan oleh penggunaan aset untuk mengeluarkan tanaman dan ternakan, dan keuntungan daripada pengeluaran ini digunakan untuk membeli aset-aset baru atau mengurangkan liabiliti.  Walau bagaimanapun proses penambahan nilai aset dalam sektor pertanian mengambil masa yang panjang dan menjadi salah satu sebab mengapa kita membandingkan kunci kira-kira pada awal dan akhir tahun iaitu untuk mengkaji kesan pengeluaran tahunan terhadap nilai bersih, nilai aset dan nilai liabiliti.  Nilai bersih perniagaan hanya berubah jika pemilik menambah modalnya sendiri dalam perniagaannya (menambah nilai bersih), atau mengeluarkan modal untuk memenuhi perbelanjaan untuk sara hidup keluarga (mengurangkan nilai bersih), atau jika perniagaan mengalami kerugian (mengurangkan nilai bersih).  Kebanyakan urus niaga perniagaan hanya berubah kandungan aset dan liabiliti tetapi tidak nilai bersihnya.


Dalam perakaunan:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

   iv.        Analisis Nisbah
Kunci kira-kira kerap dianalisis dengan menggunakan analisis nisbah untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan.  Kebanyakan institusi kewangan akan menggunakan analisis nisbah daripada kunci kira-kira untuk menentukan kekukuhan kedudukan kewangan pelanggannya.

Terdapat 3 jenis nisbah iaitu:
 a) Nisbah semasa

Nisbah semasa digunakan bagi menentukan kecairan perniagaan dan menunjukkan perkaitan di antara aset semasa dengan liabiliti semasa. 

Nisbah Semasa = Aset Semasa/Liabiliti Semasa

b) Nisbah modal bersih

Nisbah modal bersih digunakan untuk mementukan kemampubayaran syarikat.  Ketidakmampubayaran berlaku jika nisbah modal bersih kurang daripada satu, kerana jika perniagaan dibubarkan, hasil yang diperolehi daripada jualan aset tidak cukup untuk membayar semua liabiliti.  Sebenarnya nisbah modal bersih sesuatu perniagaan ialah satu.  Penurunan yang sedikit dalam jumlah aset boleh menjadikan perniagaan tersebut secara teknikalnya tidak mampu membayar segala hutangnya.  Nisbah modal bersih yang meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan kekukuhan perniagaan syarikat tersebut.

Nisbah modal bersih = jumlah Aset/Jumlah Liabiliti

c) Nisbah hutang ekuiti

Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki.  Nisbah ini dikira dengan menggunakan persamaan berikut: 

Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih

Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti bererti semakin kukuh kedudukan kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah liabiliti.  Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti pemilik perniagaan menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.