Thursday, October 24, 2019

Teks ucapan wakil murid Majlis Apresiasi UPSR Tahun 6








TEKS UCAPAN OLEH : WAKIL MURID SKTMR

SEMPENA :


MAJLIS APRESIASI UPSR 2019
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEGAH RIA

PADA :
7 NOVEMBER 2019






Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Yang Berusaha Puan Miskiah Bt Jalaludin,Guru Besar  Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria,
Barisan pentadbir sekolah,

En. Fadzil Bin Selamat, Penolong Kanan Kurikulum
Pn. Engku Norani Bt Syed Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn, Rabunah Bt Salikan, Penolong Kanan Ko-kurikulum

Seterusnya  barisan  guru-guru,  ibu  bapa dan  juga  rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk menyampaikan ucapan pada Majlis  Apresiasi 2019  ini.  Saya  mewakili semua pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria  tahun  2019  ingin mengambil kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  tahniah  dan  syabas kepada warga pendidik SKTMR  kerana berjaya menganjurkan  majlis  ini.




Hadirin sekalian,

Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid  tahun 6 yang akan menamatkan pengajian di sekolah  ini, sekolah  yang kami sayangi ini. Betapa bangganya kami kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan sekolah, kami telah diraikan dan diberikan penghormatan dalam majlis  yang belum  kami  rasai  sebelum ini. Majlis Apresiasi UPSR ini kelak  akan menjadi suatu memori indah buat kami. Memori ini akan  kami  simpan   baik-baik  menjadi  lipatan sejarah. Inilah detik paling  indah buat kami . Oleh itu,  saya mewakili semua  murid  tahun  6  mengucapkan  setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar  kami  sejak  kami  tahun satu hingga tahun enam.

Gurulah yang telah banyak berkorban untuk kami. Guru  sanggup  berkorban  masa, tenaga bahkan wang ringgit demi melihat kejayaan kami. Guru jugalah yang menjadi ibu bapa kedua bagi kami.

Hadirin dan rakan-rakan sekalian, 
Majlis Apresiasi ini memberikan pengertian yang  amat  besar  kepada  murid- murid tahun 6. Memakai jubah dan berbaris, kemudian naik ke pentas  seorang demi seorang untuk menerima  skrol merupakan  pengalaman  paling  berharga  buat kami. Majlis hari graduasi ini telah menjadi pembakar semangat kami agar tidak jemu berusaha untuk mencapai kejayaan  demi kejayaan sehingga kami benar-benar dapat menjejakkan  kaki ke menara gading.



Kami sedar dan kami yakin bahawa untuk mencapai kejayaan yang sebenar bukanlah satu perkara mudah. Namun, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh hal yang demikian, biarlah majlis  hari graduasi ini  menjadi  titik permulaan kepada kami untuk menyeluk pekasam sehingga ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam, bara yang digenggam biar sampai jadi  arang,  agar  pada  suatu  hari  nanti  kami menjadi benih yang dicampakkan ke laut menjadi sebuah pulau.


Akhir kata, selaku wakil murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria tahun 2019, saya mengambil kesempatan  dalam majlis  ini  untuk  memohon   maaf kepada semua guru sekiranya sepanjang kami berada di sekolah ini terdapat kesilapan tutur kata dan tingkah laku  yang tidak disenangi sepanjang bergelar murid. Harapan kami agar guru-guru  sekalian  berada  dalam  lindungan  dan rahmat Allah S.W.T sentiasa.




Sekian. Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum wbt.




Disediakan oleh,
Pn. Herney 'Aqilah Bt Muhaimin
Guru Bahasa Melayu Tahun 6
SK Taman Megah Ria.




Sunday, August 18, 2019

Set Ujian Percubaan UPSR Berita Harian DIDIK (17 Ogos 2019) SIRI 6










Saturday, August 17, 2019

Set Ujian Percubaan UPSR Berita Harian DIDIK (10 Ogos 2019) SIRI 5





Tuesday, August 6, 2019

Set Ujian Percubaan UPSR Berita Harian DIDIK (3 Ogos 2019) SIRI 4







Set Ujian Percubaan UPSR Berita Harian DIDIK (27 Julai 2019) SIRI 3





Tuesday, July 23, 2019

Ujian Percubaan UPSR 2019 (Kelantan)


Assalamualaikum..

Sila klik link di bawah untuk download/muat turun soalan percubaan UPSR negeri Kelantan 2019.




Monday, July 22, 2019

Set Ujian Percubaan UPSR Berita Harian DIDIK (20 Julai 2019) SIRI 2








Sunday, July 14, 2019

Set Ujian Percubaan UPSR Berita Harian DIDIK (13 Julai 2019) SIRI 1





Wednesday, July 3, 2019

KATA KERJA DAN CONTOH AYAT (BM)


Assalamulaikum.

Di sini saya sertakan beberapa kata kerja dan contoh ayat. Gambar bagi setiap kata kerja itu juga disertakan sekali bagi mudah murid untuk difahami. Bahan ini amat sesuai digunakan untuk murid tahun 4,5 dan 6. Murid sekolah menengah juga boleh menggunakan bahan ini dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.













































Sunday, June 23, 2019

KOSA KATA BM PENULISAN BAHAGIAN A (BINA 5 AYAT)

Assalamualaikum..

Dibawah ini terdapat beberapa kosa kata berdasarkan gambar yang diberikan untuk dikongsi bersama anda semua. Kosa kata ini amat berguna dan bermanfaat untuk dijadikan bahan rujukan untuk menjawab soalan bina 5 ayat (bm penulisan bahagian A) UPSR. Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan kepada guru-guru serta murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2019 tidak lama lagi.





















Wednesday, June 19, 2019

LATIHAN PERIBAHASA

Assalamualaikum.

Disini saya sertakan sedikit latihan peribahasa untuk murid darjah 4, 5 dan 6.
Guru-guru boleh edarkan lembaran kerja tersebut kepada murid dan minta mereka siapkan sebagai kerja rumah atau latihan di dalam kelas.