Tuesday, October 23, 2012

kunci kira-kira


1.    Kunci kira- kira

Dikenali sebagai lembaran imbangan yang memberi gambaran ringkas tentang kedudukan kewangan sesebuah firma.  Data yang ditunjukkan dalam kunci kira- kira merupakan ringkasan harta yang dimiliki dan hutang yang ditanggung oleh organisasi.  Perkara asas yang dilihat dalam kunci kira-kira ialah asset, liabiliti dan ekuiti pemilik.  KKK menyenarai semua milik syarikat iaitu aset syarikat, semua obligasi iaitu liabilitinya, dan semua pelaburan pemilik iaitu ekuiti pemilik.  KKK ini disediakan sekurang- kurangnya sekali setahun.
Kunci kira- kira menggunakan beberapa konsep penting iaitu Aset, Liabiliti, Nilai Bersih dan Analisis Nisbah.

      i.        Aset
Aset boleh digunakan dalam dua cara.
ü  Aset boleh dijual untuk mencipta tunai.
ü  Aset boleh digunakan untuk mengeluarkan barangan yang boleh dijual bagi menghasilkan pendapatan tunai pada masa hadapan.

Terdapat 2 jenis aset iaitu:
a) Aset Semasa 
Termasuk tunai di tangan dan baki akaun simpanan.  Aset semasa yang lain ialah Akaun Belum Terima yang tempoh matangnya kurang dari setahun, inventori, pelbagai pembayaran pendahuluan (prepaid expenses), dan lain-lain aset seperti hasil tanaman yang akan dijual.
Akaun Belum Terima mewakili jumlah hutang yang masih belum dibayar oleh pelanggan-pelangan dari pembelian yang lalu yang mana ianya terhasil kerana pelanggan telah diberi kemudahan pembelian secara kredit.
Inventori pula adalah stok barangan yang akan dijual atau stok barangan modal yang akan digunakan untuk proses pengeluaran pada masa hadapan.
Pelbagai Pembayaran Pendahuluan (prepaid expenses) merupakan bayaran yang telah dibuat terlebih dahulu terhadap barangan atau perkhidmatan yang digunakan. Barangan atau perkhidmatan tersebut belum digunakan lagi tetapi pembayaran telah dibuat, seperti bayaran pendahuluan terhadap sewa bangunan, mesin atau insurans.
Lain-lain aset termasuklah hasil ternakan atau ladang yang akan dijual, pelaburan seperti pembelian saham dan bon syarikat lain. Aset-aset ini pula mudah dijual dan ditukar kepada tunai dengan mudah.

b) Aset tetap – Aset ini kurang cair dan tempoh hayatnya lebih dari 10 tahun. Jika dijual, aset ini akan memberi kesan kepada masa hadapan perniagaan. Contohnya tanah, bangunan kekal, dan peralatan.  Aset ini digunakan untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan. Umumnya semua aset tetap kecuali tanah mengalami susut nilai dan perlu dicatatkan perbelanjaan susut nilai.



    ii.        Liabiliti
Liabiliti ialah satu tanggungan atau hutang yang dibuat oleh perniagaan daripada orang lain. Ia menunjukkan tuntutan seseorang atau sesuatu perniagaan luar terhadap satu atau lebih aset perniagaan.  Liabiliti boleh dibahagiakan kepada dua kategori bergantung kepada tempoh hutang atau pinjaman itu dibuat.

Terdapat 2 jenis liabiliti iaitu:
a) Liabiliti semasa - Liabiliti semasa merupakan tanggungan kewangan yang akan matang atau yang akan dibayar dalam tempoh satu tahun daripada tarikh kunci kira-kira itu dibuat. Contoh liabiliti semasa ialah Akaun Belum Bayar (account payable) bagi barangan atau perkhidmatan yang dibeli secara kredit dan jumlah penuh pokok bagi mana-mana pinjaman jangka pendek. Di antara bayaran yang termasuk dalam kategori ini ialah inventori, bekalan (supplies), dan peralatan yang dibeli secara kredit dan bayaran perlu dibuat dalam tempoh kurang dari setahun.
Nota Perlu Bayar (notes payable) ialah pinjaman jangka pendek yang memerlukan pembayaran secara bulanan.  Pembayaran pokok bagi pinjaman akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa kerana ia menunjukkan tanggungan tunai yang akan dijelaskan.
Nota Terakru (acrued notes) merupakan akaun individu yang perlu ditanggung oleh firma perniagaan.  Ianya dikira secara agregat seperti upah (wages payable) dan cukai (taxes payable).

b) Liabiliti Jangka Panjang – Merupakan pinjaman untuk membeli tanah atau apabila tanah digunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman membeli tanah atau membina bangunan.  Tempoh pembayaran balik biasanya melebihi 10 tahun. Pembayaran pokok untuk tahun tersebut dan bunga yang terakru akan disenaraikan sebagai liabiliti semasa, dan baki pinjamannya dimasukkan ke dalam liabiliti jangka panjang.   Ada juga juga liabiliti jangka panjang yang tempoh pembayaran balik cuma di antara 7 hingga 10 tahun.  Kebanyakan liabiliti jenis ini digunakan untuk membeli jentera dan baka ternakan.  Lain-lain contoh liabiliti jangka panjang ialah gadaian (morgages) rumah, dan lain-lain pinjaman jangka panjang dari individu, bank, dan lain-lain institusi kewangan.

   iii.        Nilai Bersih

Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik perniagaan sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci kira-kira.  Nilai bersih diperolehi dengan:

Nilai Bersih = jumlah aset - jumlah liabiliti

Nilai bersih ialah wang sendiri yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan tersebut, dan nilai itu dicatatkan sebagai liabiliti kerana ia merupakan tuntutan pemilik terhadap perniagaan tersebut. Nilai bersih juga dinamakan ekuiti pemilik.  Nilai bersih berubah jika terdapat perubahan pada nilai aset, penerimaan harta pusaka, atau aset yang dijual pada nilai lebih rendah dari nilai bukunya dalam kunci kira-kira.  Peningkatan nilai bersih biasanya disebabkan oleh penggunaan aset untuk mengeluarkan tanaman dan ternakan, dan keuntungan daripada pengeluaran ini digunakan untuk membeli aset-aset baru atau mengurangkan liabiliti.  Walau bagaimanapun proses penambahan nilai aset dalam sektor pertanian mengambil masa yang panjang dan menjadi salah satu sebab mengapa kita membandingkan kunci kira-kira pada awal dan akhir tahun iaitu untuk mengkaji kesan pengeluaran tahunan terhadap nilai bersih, nilai aset dan nilai liabiliti.  Nilai bersih perniagaan hanya berubah jika pemilik menambah modalnya sendiri dalam perniagaannya (menambah nilai bersih), atau mengeluarkan modal untuk memenuhi perbelanjaan untuk sara hidup keluarga (mengurangkan nilai bersih), atau jika perniagaan mengalami kerugian (mengurangkan nilai bersih).  Kebanyakan urus niaga perniagaan hanya berubah kandungan aset dan liabiliti tetapi tidak nilai bersihnya.


Dalam perakaunan:
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik

   iv.        Analisis Nisbah
Kunci kira-kira kerap dianalisis dengan menggunakan analisis nisbah untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan.  Kebanyakan institusi kewangan akan menggunakan analisis nisbah daripada kunci kira-kira untuk menentukan kekukuhan kedudukan kewangan pelanggannya.

Terdapat 3 jenis nisbah iaitu:
 a) Nisbah semasa

Nisbah semasa digunakan bagi menentukan kecairan perniagaan dan menunjukkan perkaitan di antara aset semasa dengan liabiliti semasa. 

Nisbah Semasa = Aset Semasa/Liabiliti Semasa

b) Nisbah modal bersih

Nisbah modal bersih digunakan untuk mementukan kemampubayaran syarikat.  Ketidakmampubayaran berlaku jika nisbah modal bersih kurang daripada satu, kerana jika perniagaan dibubarkan, hasil yang diperolehi daripada jualan aset tidak cukup untuk membayar semua liabiliti.  Sebenarnya nisbah modal bersih sesuatu perniagaan ialah satu.  Penurunan yang sedikit dalam jumlah aset boleh menjadikan perniagaan tersebut secara teknikalnya tidak mampu membayar segala hutangnya.  Nisbah modal bersih yang meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan kekukuhan perniagaan syarikat tersebut.

Nisbah modal bersih = jumlah Aset/Jumlah Liabiliti

c) Nisbah hutang ekuiti

Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki.  Nisbah ini dikira dengan menggunakan persamaan berikut: 

Nisbah hutang-ekuiti = Jumlah Liabiliti/Nilai bersih

Semakin kecil nilai nisbah hutang-ekuiti bererti semakin kukuh kedudukan kewangan syarikat, kerana semakin besar jumlah ekuiti berbanding dengan jumlah liabiliti.  Sekiranya nisbah hutang-ekuiti bersamaan satu, bererti pemilik perniagaan menyumbangkan 50% daripada modal perniagaan, manakala 50% lagi dipinjam.



1 comment:

  1. Halo, saya Puan GLORIA Peminjam Pinjaman Swasta. Kami memberi pinjaman kepada syarikat 2% yang lebih rendah. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang, ATAU anda memerlukan pinjaman perniagaan untuk meningkatkan perniagaan anda, membayar bil anda dan meningkatkan kesuburan syarikat anda? telahkah anda
    ditolak oleh Bank dan institusi kewangan lain? kami menyediakan perkhidmatan yang baik kepada
    individu, korporat, lelaki dan wanita perniagaan dan kami bersedia membantu orang
    yang bersedia menulis kepada syarikat kami dan mendaftar dengan kami dan kami akan membantu ramai orang yang secara kewangan turun. Walau bagaimanapun, Opportunity Finance berada di Langkah Pintu anda, jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (gloriasloancompany@gmail.com) Atau WhatsApp Number +1 (361) 645-7557 dan dapatkan pinjaman anda hari ini.
    Puan Gloria S MD / Ketua Pegawai Eksekutif
    KEPERLUAN KREDIT MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN:
    1) Nama penuh: ............
    2) Jantina: ............ .....
    3) Umur: ........................
    4) Negara: .................
    5) Nombor Telefon: ........
    6) Kerja: ..............
    7) Pendapatan: ......
    8) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .....
    9) Tempoh pinjaman: ...............
    10) Sebab untuk pinjaman: ...........
    11) Adakah anda memohon dan ditolak? Kemudian ........
    12) Adakah anda bercakap bahasa Inggeris .......
    Best Regard

    ReplyDelete