Wednesday, October 31, 2012

PENERAPAN UNSUR PEDAGOGI


PENERAPAN UNSUR PEDAGOGI 

Empat jenis pengetahuan yang membantu seorang guru membuat keputusan profesional dalam kerjayanya iaitu 

· pegetahuan dalam bidang mata pelajaran yang diajar; 

· pengetahuan pedagogi dalam mata pelajaran tersebut; 

· pegetahuan am dalam pedagogi; dan 

· pengetahuan tentang murid dan pembelajaran. Salah satu pengetahuan yang perlu dimiliki oleh guru masakan adalah pedagogi mata pelajaran masakan (Eggen & Kauchak, 2006). 


Teknik demonstrasi dan amali merupakan teknik yang paling kerap, sesuai dan berkesan untuk Demonstrasi melibatkan kemahiran audio dan visual. 

I Cara melaksanakan demonstrasi 

Persediaan awal 

· Kenal pasti topik, objektif dan kandungan yang hendak diajar 

· Beritahu murid aktiviti yang perlu diperhatikan supaya murid memberi fokus dan dapat melakukan tanpa kesilapan 

· Sediakan bahan dan peralatan dan susun mengikut langkah-langkah membuatnya 

· Sediakan meja khas untuk demonstrasi dan pastikan semua murid boleh melihat dengan jelas. 

Semasa demonstrasi 

· Pandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti yang dijalankan. 

· Sekiranya murid menunjukkan keraguan, ulang penerangan dan aktiviti sekali lagi. 

· Kemukakan soalan untuk menarik perhatian murid. 

· Suruh seorang murid untuk membuat aktiviti untuk mengukuhkan kemahiran murid. 



Selepas demonstrasi 

· Bincang dengan murid aktiviti-aktiviti yang dibuat semasa menyediakan masakan tersebut. 

· Suruh murid buat rumusan tentang aktiviti masakan. 

II Cara melaksanakan amali 

1. Persediaan awal guru 

· Pastikan peraturan bilik dapur ditampal dan difahami oleh murid. 

· Pastikan jadual tugas ditampal dan difahami oleh murid. 

· Pastikan alat pemadam api berfungsi. 

· Maklumkan kepada murid bahan-bahan dan perkara yang perlu dibawa sebelum kelas amali bermula. 

· Pastikan setiap murid mempunyai apron, tudung kepala, kain pengelap meja, kain pengelap pinggan mangkuk, kain pengelap tangan dan sarung pemegang periuk. 

· Pastikan peralatan yang hendak diguna berfungsi dan mencukupi. 

· Pastikan bahan yang diguna bersih dan mencukupi. 

· Pastikan murid yang sakit tidak membuat amali (penyakit berjangkit seperti selsema dan batuk) 

2. Peringatan kepada murid 

a) Sebelum amali bermula 

· Kuku pendek dan bersih 

· Rambut diikat jka panjang 

· Pakai apron dan tutup kepala. 

· Letak bahan yang dibawa di atas dulang. 

· Cuci tangan dengan sabun. 

· Buka tingkap bilik masakan. 

· Kasut getah/sekolah apabila memasak di dapur. 

· Bawa bahan dengan kuantiti yang diperlukan. 

· Beri perhatian semasa guru membuat demonstrasi. 

b) Semasa amali 

· Tidak boleh berlari. 

· Makanan yang tumpah perlu dibersihkan dengan segera. 

· Jangan makan. 

· Berjimat mengguna bahan, peralatan, air paip dan api. 

· Ambil kuantiti yang diperlukan sahaja. 

· Bercakap perkara yang perlu sahaja. 

c) Selepas amali 

· Buang sampan. 

· Lantai disapu dan dimop. 

· Lampu dan kipas angin ditutup. 

· Tutup tingkap.

No comments:

Post a Comment