Monday, October 29, 2012

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN



PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN 

TUJUAN 
  1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. 
  2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid. 
  3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru. 
  4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar. 
  5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar. 
  6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan. 
  7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar. 
  8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid. 
  9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik. 
  10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan. 

KEPENTINGAN 
  1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran. 
  2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran. 
  3. megesahkan suatu paras pencapaian pelajar. 
  4. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu. 
  5. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif. 

CIRI-CIRI UTAMA UJIAN 
  • Kesahan 
  • Kebolehpercayaan 
  • Keobjektifan 
  • Kebolehtadbiran 
  • Kebolehtafsiran 

>> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.

Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu.

Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi.

Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.


>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.


>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.


>> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda. 



PENGERTIAN DAN KONSEP 

Pengujian 


* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.

* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon.

* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.

* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.


Tujuan pengujian adalah seperti berikut: 
  • Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai. 
  • Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain. 
  • Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran. 
  • Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan. 

Pentaksiran

* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.

* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.

* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.


Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut: 
  • Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh. 
  • Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh. 
  • Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain. 
  • Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. 

Penilaian

* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

Tiga langkah penilaian: 
  1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. 
  2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran. 
  3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran. 

* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.

*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.

* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.

* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".

* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120".

* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan.

* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.



No comments:

Post a Comment