Pendekatan induktif bermula dariapada spesifik kepada
umum . Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan
dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.
Pendekatan Induktif melibatkan pengumpulan dan pentafsiran maklumat-maklumat
yang kemudiannya setiap maklumat ini akan berubah kepada kesimpulan. Murid
dibimbing oleh guru bagaimana untuk berfikir, mengkaji, mengenalpasti
seterusnya mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan. Pengajaran
dan pembelajaran melibatkan seseorang guru boleh membanu pelajar menguasai
konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang
diperoleh. Selain dalam matapelajaran Bahasa Melayu, matapelajaran lain juga
menggunakan pendekatan ini iaitu seperti matapelajaran Matematik dan Sains
banyak menggunakan pendekatan induktif.
Menurut B.Seaton(1982), pembelajaran melalui
pendekatan ini disamakan dengan seorang murid mengalami proses mental yang mana
ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu kesimpulan. Antara
prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh
yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sebagai
rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru.
Setiap guru boleh menggunakan gambar, video ataupun hasil karya dalam
penyampaian maklumat kepada murid-murid. Murid-murid juga digalakkan
mengemukakan contoh-contoh yang diketahui oleh mereka semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk
membimbing murid membuat kesimpulan. Soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan
contoh-contoh yang telah dipertunjukkan kepada murid-murid. Sebagai contoh,
Bagaimanakah anda menghadapi situasi banjir di rumah?. Seterusnya, guru perlu
memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contor agar
generalisasi dapat dibuat. Untuk lebih memudahkan murid menguasai
peraturan-peraturan umum yang diperoleh daripada fakta ataupun contoh khusus,
guru perlulah merancang aktiviti berkisar daripada contoh yang telah diberikan.
Secara umumnya, jenis pendekaran induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran
yang diinginkan.
Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran
yang bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu
pembelajaran dimana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam
kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang
kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi
serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari
dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Pendekatan ini mengasaskan pengajaran dan
pembelajaran murid kepada hukum-hukum atau tertentu. Pendekatan ini bermula
dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan dari sini
pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum melalui contoh
atau mengaplikasikan peraturan yang telah diberikan. Secara ringkasnya, seorang
guru akan mengemukakan satu konsep, hukum atau kesimpulan dengan menerangkan
definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas kefahaman. Pelajar
perlu menaakul untuk mendapatkan contoh tertentu daripada peraturan umum.
Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih
kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut
dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan
eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan
deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai
kebolehan. Ada kala kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir
murid manakala ada pula murid yang akan memahami dengan jelas melalui kaedah
deduktif.
Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P
dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses
pengajaran dan pembelajaran boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti
dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi
diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang
peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Strategi pengajaran
menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara iaitu mirip
kepada pendekatan induktif ataupun P&P yang lebih mirip kepada pendekatan
deduktif. Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran Sains danMatematik.
Guru boleh mengaplikasikan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan
dalam P&P. Kebanyakkan guru akan menggunaka pendektan ini dalam aktiviti
pemulihan dan pengayaan.
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang
berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu
seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam
amalan masyarakat sehari-harian. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang
penyerapan bentuk gramatikal adalah untuk tujuan komunikasi.Pendekatan ini
wujud kerana pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada
peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada
konteks wacana. Hasilnya, pekajar tidak akan menguasai kecekapan berkomunikasi.
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan
struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini
adalah berkaitan dengan pengetahuan murid dalam aktiviti yang akan dilakukan .
Setiap guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid dapat
menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat
dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat
agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih
mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan
sehari-harian.
Kebolehan pelajar melibatkan diri dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak
standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden
dan demokratik.Kita harus melahirkan pelajar sebagai pemikir berkesan dan ini
merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid
bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu
menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment