Friday, July 25, 2014

Faktor yg mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur

Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pertuturan iaitu :-

a)Faktor Kecerdasan: Ini bermaksud kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa.

b)Faktor Kesihatan: Ini bermaksud jika seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.

c)Faktor Fizikal: Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik.

d)Faktor Alam Sekeliling: Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.

e)Faktor Jantina: Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak- kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak- kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.




Faktor mempengaruhi kemahiran mendengar:

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar.

Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.

Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya.

Faktor yang ketiga ialah status sosioekonomi. Letar belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya.

Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.




Faktor yg perlu diambil kira sebelum membina bahan P&P

1. Kemahiran yang ingin diajarkan.
2. kandungan pelajaran
3. tujuan utama ABM tersebut di bina
4. kepelbagaian fungsi ABM
5. ABM kekal, tidak mudah rosak dan mesra murid




Murid dikehendaki melaporkan sesuatu peristiwa. Bagaimanakah caranya menyusun mengikut urutan?

1)kronologi (masa atau peristiwa)

2) keutamaan atau kepentingan

3) kata tanya (siapa,apa, dimana, bagaimana n mengapa)

4) kategori atau ciri


No comments:

Post a Comment