Monday, March 18, 2013

kemahiran asas kaunseling- kemahiran membalas (responding)



Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia. Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang bertindak balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu.

Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran mendengar.

Contoh satu

Klien :Macam-macam yang saya rasa…adakah saya akan difahami, diterima, dianggap kawan… Macam- 
          macamlah…”

Kaunselor : “Macam-macam difikirkan sebelum datang ini.”


Contoh dua

Klien : “Saya nak bincang masalah keluarga saya…”

Kaunselor : “Hmmm… silakan”

Klien :”Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup saya.”

Kaunselor : (angguk).


No comments:

Post a Comment