Monday, October 29, 2012

Jenis penilaian bahasa



JENIS PENILAIAN BAHASA 

1. Ujian Formatif 
2. Sumatif 
3. Ujian Kefasihan 
4. Kemajuan 
5. Ujian Bakat 
6. Pencapaian 


Ujian Formatif 

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek. 


Ujian Sumatif 

Ujian sumatif digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan pembelajaran. Merupakan bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangkamasa panjang (selepas satu-satu semester/ selepas satu tahun). Kemahiran bahasa yang diuji ialah kemahiran lisan, bacaan dan penulisan. Ujian sumatif biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran. Contoh ujian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir pembelajaran, skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran murid. 


Ujian Bakat 

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya. 


Ujian Pencapaian 

Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh. 


Ujian Kefasihan 

Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka. 


Ujian Kemajuan :

Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu. 



4 comments:

  1. Tuan tanah.... nak minta izin menyalin nota

    ReplyDelete
  2. saya telah ambil bahan sebagai bahan rujukan...harap hala ilmu ya...terima kasih

    ReplyDelete
  3. ya...saya halalkan..trima kasih sudi datang ke blog saya. ;)

    ReplyDelete