Monday, October 29, 2012

Jadual spesifikasi ujian


Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan
sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian
secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan
yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan
menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU
dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan
matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras
Kemahiran” (melintang). 


Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)
· Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
· Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
· Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
· Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan
lain-lain.
· Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
· Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%. 


Kepentingan JSU
· Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
· Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
· Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
· Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
· Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.



No comments:

Post a Comment